RoS PuTiH KaYanGan

“Laugh as much as you breathe and love as long as you live.”





20 March 2011

...JIWA SEORANG PENDIDIK...


Dulu..

Aku remaja yang mempunyai kekuatan dan cita-cita,

Aku ingin berdiri di hadapan dan melontarkan ilmuku,

Biar semua kawan berpaling daripadaku kerana kerendahan cita-citaku,

Aku menaruh pengorbanan kehidupanku bagi mencapai impianku,

Biar masa berlari pantas,

Tidak ada beza bagiku malam dan siang,

Beberapa buah kitab ilmu sebagai sahabatku,

Pen dan pensil sebagai kekasihku,

Kopi panas sebagai guru disiplinku,

Lampu usang menjadi langit malamku,

Setiap isi ilmu aku teliti bagi meraih kejayaan masa depanku,

Biar aku dikeji,biar aku dikatakan skima tapi aku tetap ingin capai cita-citaku..

Semalam...

Aku masih lagi tidak percaya kebenaran hidupku,

Aku sudah mengengam segulung ijazah,

Ijazah sebagai lesen untuk aku mencurahkan ilmu kepada orang lain,

Jika dulu seorang insan berpakaian kemas berdiri dihadapanku yg kerdil,

Sekarang,Tiba giliran aku untuk berdiri di depan insan yang kerdil,

Kasih sayang aku juga perlu diatur,

Jika dulu kepada ibu bapaku,

Tapi sekarang untuk beribu2 insan kerdil yang mempunyai pelbagai corak,

Bukan aku menagih simpati,bukan aku mengejar nama,

Tapi hanya sekadar mengharapkan insan didikanku mengerti keindahan kejayaan.

Kini....

Insan yang ku gelarkan ‘pelajar’ sudah mula tidak memahami naluriku,

Teguranku mereka tidak mengerti lagi,kemarahanku ditawakan,

Nasihatku dibiarkan melayang jauh,

Ilmuku sekadar untuk memenuhi beg mereka,

Ajaranku dipermainkan,

Bukan mereka tidak memahami,tetapi mereka belum merasai pahit manis kehidupan,

Mereka sudah mula memberontak,rotan mereka pandang seperti roti,

Jeritanku dianggap nyanyian unggas,

Apa lagi yang harus aku teruskan agar mereka paham naluri kecilku.

Wahai anak-anakku..

Sedarlah ada sinar kejayaan dihadapanmu,

Sedarlah untuk pergi ke arah sinar itu memerlukan satu langkah pertama,

Langkah itu perlu dengan kesucian hati murnimu,

Kekuatan,ketabahan,pengorbanan,dan perasaan cintamu,

Sinar itu memberi kehidupanmu yang mengamit kasih sayang insan yang kamu cintai,

Biar susah sekarang jangan kamu susah menadah simpati dikemudian hari,

Ingatlah...

Kehidupan tidak semudah yang kamu sangkakan..

Jadi..

Lihatlah wajahku,dengarlah kata-kataku.

Dakapkanlah semangat pengorbananku.

Pegang erat tanganku seerat kasih hormatmu kepadaku.

Biarku menangis kini.agar kamu membuatku tersenyum melihatmu di menara gading...

-NaQiSyA-(240410/1202am)

Sajak ini ditujukan khas untuk cikgu dan warden aspuri SMKTS yang tersayang

PUAN MASIRA ABDUL LATIF.

Sya sayang mama masira....