RoS PuTiH KaYanGan

“Laugh as much as you breathe and love as long as you live.”





18 March 2013

::SAINS PEMIKIRAN DAN ETIKA GROUP D::

:::PERKONGSIAN ILMU HARI INI::::

:::FAHAMAN PEMIKIRAN DAN ETIKA:::
BAB 3

SEKULARISME
::Definisi::
-         Menerangkan kaitan dengan urusan keduniaan yang dipisahkan dari sudut agama. Cth: politik,ekonomi,sosial, pentadbiran dan undang-undang.
-         Sekularisme membincangkan perkara yang berkaitan dengan dunia sahaja.
-         Memperjuangkan hak kebebasan mutlak setiap individu dari peraturan dan ajaran agama yang perlu dilaksanakan oleh pentadbiran atau pemerintah.
-         Berasal dari perkataan Latin iaitu ‘saeculum’ (masa dan tempat)
-         ‘masa’ berfokuskan pada perjalanan kehidupan seseorang manakala ‘tempat’ bermaksud kehidupan di dunia.(J.A.Amurray & H.Bradley 1994)
-         Turut membawa maksud sebagai pemisah antara zahir dan batin, fizikal dan sritual, rohani dan jasmani. Hal ini kerana, ‘pemisahan’ itu menunjukkan istilah negatif jika kehidupan berlandaskan agama.
-         Aspek falsafah:- sebuah fahaman yang menggesa agar agama dan nilai-nilainya mesti diasingkan daripada kehidupan manusia.
-         sebuah doktrin yang tidak mempercayai kewujudan tuhan seperti doktrin atheism.
-         Turut dikenali sebagai ‘ humanisme’
-         Satu sistem tatasusila yang berlandaskan kepada prinsip-prinsip moral sejagat dan jauh dari aspek agama atau alam ghaib.
-         Turut didefinisikan sebagai pemisah antara urusan politik daripada ajaran agama seperti yang dibawa oleh Nicollo Machiavelli (menghapuskan ideologi, dan utamakan kuasa politik)
-         Aspek Politik: satu gerakan ke arah pemisahan antara agama dan kerajaan.
-         Satu pandangan tentang usaha pemisah antara falsafah dan agama.
-         Berusaha menjauhkan diri dan tidak bergantung kepada agama tersebut.
-         Berkeyakinan pandangan sekular dapat membawa kea rah modenisasi.

::Ciri-ciri Sekularisme::
     i.        Penafian hal-hal kerohanian.
   ii.        Penafian terhadap kewibawaan orang-orang yang mempunyai kedudukan yang tinggi dalam bidang agama.
 iii.        Menafikan adanya nilai hidup yang tetap.
 iv.        Menolak keimanan kepada ALLAH dan konsep ibadah.
   v.        Menjauhkan agama daripada landasan penting sebagai panduan dan hala tuju hidup manusia dalam pelbagai bidang seperti kesenian, pendidikan dan moral.
 vi.        Pengasingan kuasa negara daripada peraturan agama. Corak pemerintahan negara perlu berbeza agar tidak sepadu antara politik dan agama.
vii.        Meyakini bahawa nilai-nilai islam perlu dibezakan daripada nilai-nilai kehidupan dunia dalam setiap aspek.
viii.        Beranggapan bahawa institusi politik dalam peradaban kaum muslimin masa lampau adalah cerminan dan warisan tradisi yang tidak ada hubungan dengan hukum syariat yang suci.
 ix.        Penerapan syariat islam atau nilai-nilai islam akan merugikan penganut agama bukan islam yang boleh menjadi ancaman besar kepada sesebuah persatuan.
   x.        Menganggap bahawa syariat islam sangat terbelakang, primatif dan ketinggalan zaman. Oleh itu, ajaran islam perlu diambil melalui prinsip pragmatism dan utilitarianisme.
 xi.        Menyebarkan fahaman-fahaman yang boleh menimbulkan keraguan terhadap islam untuk kepentingan politik sendiri.

::Prinsip Sekularisme::
-         Menegakkan kepercayaan bagi setiap keputusan yang diambil mesti bersumberkan daripada pemikiran akal manusia yang terdahulu berdasarkan kajian yang telah dilakukan dan bukan berdasarkan pandangan agama semata-mata.
-         Prinsip penting yang perlu diaplikasikan dalam kehidupan masyarakat sekular adalah:-
1.    Memperbaiki kehidupan dengan cara kebendaan
2.  Bahawa sains itu adalah panduan hidup bagi manusia
3.  Apa sahaja yang baik itu adalah baik untuk dilakukan sama ada wujud kebaikan atau tidak. Kebaikan yang wujud dalam kehidupan adalah baik dan menjadi baik pula untuk mencari kebaikan tersebut.
4.  Menggantikan hukum-hukum agama dengan idea-idea sekular sebagai panduan.

::Negara Sekular::
-         Kepercayaan yang mendalam terhadap pengasingan antara gereja dan negara. Selain itu, menghalang pendidikan agama diajar di peringkat sekolah.
-   negara sekular merupakan sebuah negara yang menerima pandangan sekularisme. Ciri-ciri negara tersebut dapat dilihat dari perubahan sikap dan kepercayaan masyarakatnya iaitu mempunyai ciri-ciri sekular.
-         Tokoh-tokoh secularism akan berusaha untuk mewujudkan sebuah negara sekular.
-         Cth: negara kapitalis dan negara komunisme
-         ‘Worldly or material’ ( The Advanced Learners Dictionary of Current English)
-         Sekular merupakan dunia kebendaan bukan agama atau kerohanian.
-         Golongan sekilar lebih terpengaruh dengan ahli politik dalam membuat keputusan bagi setiap urusan kehidupan termasuklah hal-hal yang berkaitan dengan hukum agama. Cth: kes pengguguran, kajian sel stem embrio, perkahwinan sejenis dan pendidikan seks.
-         Golongan politik hanya melakukan keputusan berdasarkan pertimbangan rasional moral yang berdasarkan loogik akal pemikiran sahaja.

:: Kaedah Penyebaran Fahaman Sekularisme::
-         Teknologi moden
-         Pendidikan
-         Media massa
*cth: penyebaran bahan-bahan hiburan seperti filem percintaan, fantasi, hiburan dan gambar porno.
-         Undang-undang
*cth: jatuhkan hukuman mengikut logikal dan tidak berdasarkan undang-undang agama.

:: Penyebaran Sekularisme Melalui Pendidikan::
-         Menghantar pelajar ke negara luar untuk melanjutkan pengajian
-         Menghapuskan pelajaran agama atas nama pendidikan
-         Memperkenalkan institusi pendidikan asing di negara-negara islam.
-         Pergaulan bebas

KEKUASAAN MANUSIA (MANPOWER)

-         Kekuasaan manusia atau Manpower ini merupakan satu pemikiran yang memfokuskan kepada manusia yang menggunakan proses-proses pembangunan untuk kepentingan mereka sendiri.
-         Manpower ini wujud serentak dengan kesedaran tentang pentingnya memenuhi keperluan-keperluan manusia di dalam usaha pembangunan sosial manusia.
-         Walau bagaimanapun, ekonomi merupakan aspek utama yang menjadi penentu ulung kepada corak kehidupan manusia.
-         Pengiktirafan ahli-ahli pembangunan terhadap manusia telah dimanifestasikan dalam berbagai model dan strategi pembangunan, walaupun dengan menggunakan konsep-konsep yang agak berbeza, umpamanyapendekatan ‘pembangunan sepadu’ Bank Dunia, pendekatan ‘Terriorial’ Friedmann dan Weaver, pendekatan ‘Comprehensiveness’ Livingstone, pendekatan sistem Belshaw, dan pendekatan area India (Sharma).
-         Secara keseluruhannya manusia perlu meningkatkan daya usahanya untuk meningkatkan daya pengeluaran semaksimum mungkin untuk meningkatkan pendapatan bagi menampung keperluan hidupnya.
-         Konsep ini mendorong kepada memfokuskan kepada material atau kebendaan atau barangan yang melengkapi keperluan dan kemahuan kehidupan.
-         Kefahaman Manpower ini boleh diterima oleh setiap masyarakat, malah dipersetujui dan terdapat di dalam setiap masyarakat supaya setiap golongan masyarakat berlaku adil dan saksama dalam apa jua urusan.


LIBERALISME

Pengenalan:
-         Merupakan satu falsafah yang meletakkan kebebasan individu sebagai nilai politik tertinggi liberalism menekankan hak peribadi dan keselamatan peluang.
-         ‘Liberd’ mungkin mempunyai dasar dan perlindungan yang berlainan
-         Liberalisme menyokong prinsip-prinsip seperti kebebasan berfikir dan kebebasan bersuara, batasan kepada suara kerajaan, kedaulatan undang-undang, hak individu ke atas harta persendirian, pasaran bebas dan ketelusan sistem pemerintahan.
-         Bertindak menyokong kerajaan demokrasi liberal dengan pengundian yang adil dan terbuka, yang mana semua rakyat mempunyai hak yang sama rata.
-         Liberalisme ini merupakan lanjutan daripada zaman Renaissance di Itali iaitu pada zaman kebangkitan yang berlaku di Eropah.
-         Pengaruh Barat sangat kuat dalam mengukuhkan lagi fahaman Liberalisme ini. Tambahan pula, barat membawa kefahaman Liberalisme ini selari dengan pemikiran politik yang luas dan kaya dari segi sumber.
-         Kefahaman Liberalisme ini menolak kefahaman lain seperti hak-hak raja yang diperolehi dari tuhan, status berasaskan keturunan dan institusi-institusi agama.
-         Sifat kefahaman Liberalisme ini adalah mempunyai kebebasan tanpa sekatan walaupun terdapat halangan dari ekonomi, politik dan sosial atau kebebasan moral.
-         Selain itu, liberalism mempunyai gagasan pemikiran, iaitu individu lebih penting daripada masyarakat, masyarakat hidup demi individu, individu bebas daripada nilai-nilai agama.
-         Moral agama itu digantikan dengan etika.

::Liberalisme dari sudut agama::
-         Bermula dengan gerakan seorang tokoh iaitu Martin Luther (1483-1546)
-         Beliau seorang tokoh protesan yang menentang penindasan dan keganasan gereja Katolik sebelum zaman Renaissance.
-         Gerakan ini membebaskan kuasa gereja daripada segi rohani ke atas individu dan membentuk mazhab baru bernama protestan pada abad ke-16 masihi.
-         Prinsip protestan:- * individu kristian mempunyai mempunyai hak untuk membaca kitab suci dan mentafsirkan sendiri, gereja tidak mempunyai hak mengampunkan dosa-dosa individu.
·       Protestan: tidak mengakui kezaliman, kependetaan, kepaderian, dan pembesar-pembesar agama dibolehkan berkahwin.
·       Tidak mengakui patung-patung dan gambar gereja dan benda-benda itu tidak disembah kerana dianggap penyembahan berhala.

::Liberalisme dari sudut politik::

-         Pergantungan asas pada undang-undang. Masyarakat yang berpegang pada politik yang mempengaruhi kehidupan. Institusi-institusi kerajaan memperjuangkan hak-hak peribadi tanpa memilih kasih. Contoh: kuasa politik lebih tinggi dari kuasa raja.
-         Menekankan perjanjian sosial di mana rakyat merangka undang-undang dan bersetuju untuk mematuhi undang-undang tersebut.
-         Mengandungi semua lapisan masyarakat tidak mengira jantina kaum atau taraf ekonomi.
-         Menekankan kedaulatan undang-undang demokrasi liberal.
-         Di dalam pemerintahan, sistem demokrasi dipilih oleh Eropah sebagai untuk tidak bergantung dengan kuasa gereja dan juga menghapuskan hak-hak Tuhan gereja ke atas diri mereka.
-         Liberalisme mempunyai hubungan yang dengan kelahiran negara demokrasi Eropah.
-         Kebebasan berfikir diberi kepada rakyat untuk memilih wakil-wakil dalam pemerintahan negara.

::Liberalisme dari sudut ekonomi::

-         Memperjuangkan kapitalisme Laissez-faire yang mahu membuang semua halangan terhadap perdagangan dan memberhentikan semua kemudahan yang diberi oleh kerajaan seperti subsidi dan monopoli.
-         Ahli-ahli liberal tidak mahu kepada peraturan-peraturan kerjaan di pasaran.
-         Turut menyatakan bahawa harga barangan dan perkhidmatan harus ditentukan oleh pasaran yang sebenarnya ditentukan oleh tindakan-tindakan pengguna.
-         Setiap individu diberi kebebasan memiliki harta dan berniaga.
-         Nilai moral seseorang sentiasa berubah dari semasa ke semasa nilai akhlak yang diamalkan tidak sama dengan agama tetapkan.
-         Di dalam agama islam, nilai-nilai itu ditetapkan oleh ALLAH.
-         Golongan liberal juga menyatakan bahawa manusia sendiri masih dalam proses perubahan daripada haiwan rendah kepada haiwan yang lebih tinggi.

MODENISME

Pengenalan:-
-         Merupakan proses transformasi atau perubahan dalam segala aspek kehidupan masyarakat.
-         Satu aliran yang terhasil daripada gerakan-gerakan di Amerika Latin yang memperjuangkan pembebasan dan autonomi budaya baru supaya dapat membebaskan diri daripada cengkaman hagemoni kebudayaan Sepanyol.
-         Menekankan kuasa manusia mencipta, membaiki dan membentuk semula persekitaran mereka dengan bantuan sains, teknologi dan uji kaji praktikal.
-         Modenisme ini bermula di era Renaissance abad ke-16 masihi dan pencerahan pada abad ke-18 masihi. Manusia mula menguasai alam dan mula memasuki era baru, era pasca Abad pertengahan, iaitu era moden.
-         Terdapat tiga tahap dalam pengembangan modenisme:-
1)           Tahap pertama : manusia yakin dengan akal yang rasional dan berani menghadapi kehidupan yang nyata sehingga berlaku pemberontakan kreatif dalam dunia seni.
2)         Tahap kedua : bermula dengan revolusi Perancis dan kekacauan sehingga berlaku kelenturan ikatan sosial, keruntuhan pada keyakinan tradisional dan agama.
3)         Tahap ketiga : bermula selepas berlaku proses modenisasi global dan kebudayaan dunia moden secara universal sehingga berlaku masalah pada keamanan dunia sejagat.

HUMANISME

Pengenalan:-
-         Manusia adalah pusat segala-galanya dan manusia itulah tuhan Yang Maha Agong (menentukan hukum-hakam).
-         Tuhan tidak berpadanan di muka bumi ini.
-         Dikaitkan dengan golongan ‘illuminati’.

Sifat Fahaman Humanisme
1)           Percampuran bebas
2)         Penggunaan istilah-istilah yang mengelirukan
3)         Penukaran peranan antara lelaki dan perempuan
4)         Gerakan pembebasan wanita
5)         Kaunseling berkelompok
6)         Pendidikan seks


A)         Pencampuran bebas
-         Pencampuran bebas antara lelaki dan perempuan tanpa sekatan
-         Lelaki dan perempuan memerlukan antara satu sama lain bukannya menjadi persaingan dalam bidang tugas.
-         Berusaha menghapuskan halangan tabii antara lelaki dan perempuan seperti merasa malu (haya’) kerana pemikiran ini percaya bahawa sifat malu itu adalah sifat yang negatif.
-         Hal ini kerana, memusnahkan sifat malu secara total supaya manusia melanggar syariat ALLAH.

B)         Penggunaan istilah-istilah yang mengelirukan
-         Contohnya:- penggunaan perkataan ‘UNISEK’. Perkataan unisek ini contohnya digunakan di saloon ‘unisek saloon’, ini bermakna saloon itu boleh menerima pelanggan dari kalangan lelaki dan perempuan. Selain itu, fesyen rambut yang semakin mengelirukan antara lelaki dan perempuan, iaitu lelaki boleh berambut panjang dan perempuan boleh berambut seperti lelaki.
-         Contohnya:- penggunaan perkataan ‘BINTANG-BINTANG”. Perkataan ini sering digunakan bagi menggambarkan atau ditujukan kepada pelakon/bintang-bintang filem. Pelakon sering dikaitkan golongan yang tidak menutup aurat, bebas berzina dan bergaul, minum arak, merokok dan tidak berakhlak mulia. Panggilan itu adakah sesuai dengan golongan yang diterima atau tidak dalam islam.
-         Contoh:- penggunaan perkataan ‘GAY”. Perkataan gay ini digunakan menunjukkan lelaki yang melakukan hubungan sejenis(homoseks) yang dilarang oleh hukum islam. Walau bagaimanapun, gay diistilahkan sebagai peramah,liberal, senang bergaul di dalam kamus.
-         Contoh:- istilah ‘CHAIRMAN’. Secara umumnya digunakan sebagai menunjukkan seseorang yang mempengerusikan sesuatu majlis, tetapi istilah ini dibantah oleh golongan wanita. Hal ini kerana dikatakan hanya menunjukkan kepada golongan lelaki dan terdapat wanita yang mempengerusikan sesuati majlis. Ini dikatakan telah memperkecilkan peranan wanita. Oleh itu, digunakan ‘chairperson’
-         Contoh:- ‘HE’. Merupakan kata gantinama untuk Tuhan. Mengapa Tuhan dikatakan lelaki?, yang sebenarnya Tuhan tidak menyerupai manusia. Dia bukan lelaki atau perempuan. Allah takkan menyerupai makhluknya.

C) Penukaran peranan antara lelaki dan perempuan
-  Penukaran peranan (change role) antara lelaki dan perempuan adalah untuk menggalakkan percampuran bebas. Pertubuhan illuminati musuh ALLAH s.w.t mengutarakan idea bahawa wanita yang berharga adalah wanita yang memberi khidmat kepada masyarakat di luar rumahnya.
- wanita yang berkejaya, mendapat gaji atau pangkat dikatakan wanita yang berharga bukanlah wanita yang menjadi seorang ibu kerana kerja-kerja yang dilakukan dirumah tidak diberi gaji oleh masyarakat.
- pandangan ini sesuai dengan teori Darwin bahawa manusia adalah hasil keturunan haiwan.
- hakikatnya, seorang itu telah mendidik anak-anaknya menjadi seorang yang berjaya dan sihat.

D)       Gerakan Pembebasan wanita
-         ‘pembebasan’ bermaksud (pada awal sejarah) membebaskan diri daripada kezaliman khasnya dari kongkongan peraturan-peraturan agama Institusi Gereja Katolik Rom. Gerakan Pembebasan Wanita lahir di Amerika dan Eropah.
-         Kebanyakannya diketuai oleh bangsa Yahudi atau mereka berfahaman sosialisme (Marxisme) seperti Betty Freiden (1921M) dan Germaine Greer (1971M), Gloria Steinans, dan Simone de Beavoir (1908-1985M).
-         Gerakan pembebasan wanita kebanyakan bertujuan untuk membebaskan diri daripada peraturan nilai agama. Kini mereka gigih meperjuangkan gerakan homoseks dan lesbian atas dasar ‘hak asasi manusia’. Mereka mengangap perkahwinan merupakan adat resam manusia purba. Kes penceraian dan menjadi ibu tunggal semakin meningkat, wanita dizalimi adalah kesan dari gerakan tersebut.

‘Gerakan Perkahwinan Poligami’- seorang ibu tunggal bangkit mengatakan:-
        ‘ Saya rela menjadi isteri yang ke-11 kerana sekurang-kurangnya saya ada seorang lelaki yang bertanggungjawab untuk keselamatan saya. Pada hari, malam dan siang’.
E)         Kaunseling Berkelompok
-         Bagi menghapuskan perasaan malu, salah satunya cara yang diperkenalkan adalah dengan menggunakan ‘kaunseling berkelompok’. Kaunseling berkelompok ini melibatkan perserta seramai 7 atau 8 orang untuk dijadikan satu kumpulan. Satu kumpulan itu terdapat peserta lelaki dan perempuan. Cara ini dianggap tidak sesuai kerana melanggar hukum hakam islam kerana terdapat pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan contohnya:- peserta akan diikat dan ditutup matanya dan diarahkan merasa orang terdekat dengan yang dapat dipegang. Ini menunjukkan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.

F)         Pendidikan Seks
-         Bermula di Sweden (1940) iaitu dikenali sebagai ‘panduan-panduan bagi pendidikan moral’. Tetapi pada 1956 terdapat penyalahgunaan panduan tersebut.
-         Nilai ‘pliralistik’ dipercayai iaitu seks luar nikah adalah tidak salah kerana perlu menghormati pendapat semua pihak.
-         Kesan dari program ini telah menyebabkan peningkatan kes penyakit kelamin. Pada tahun 1964 sebanyak 24,000 kes bagi wanita berumur 15-19tahun.
-         Tenaga pengajar program ini perlu pakar dan lebih memikirkan tentang tahap pemikiran remaja masa kini dan tidak mengikut pandangan sekular semata-mata.
-         Di dalam pengajian perundangan islam-dalam kitab Fiqah di bab pertama membahaskan tajuk Taharah berkaitan kesucian air dan perkahwinan. Ia merangkumi pendidikan seks yang berpaksikan Tauhid.
-         Di dalam bab perkahwinan ini membahaskan tentang batas –batas percampuran antara lelaki dan perempuan, ini menunjukkan pendidikan seks yang terbaik kerana menunjukkan agar remaja islam tidak bebas dalam pergaulan untuk mengelak dari sebarang perkara yang tidak baik berlaku.
-         Masalah utama adalah,remaja islam masa kini tidak didedahkan dalam acuan yang betul.

Kesimpulan:-

Bab ini membincangkan perkaitan antara pemikiran-pemikiran dari kewujudan tamadun manusia sehingga manusia menemui tamadun yang moden. Pemikiran-pemikiran ini akan menguasai minda masyarakat jika tidak dikawal dari awal. Bermula dari pemikiran sekular yang jelas menolak pemikiran agama seterusnya manpower yang menunjukkan kekuasaan segalanya oleh manusia yang mentadbir dan telah mengenepikan tuhan. Kemudian, liberal dan seterusnya modenisme yang menunjukkan manusia lebih mengutamakan kebendaan dan kemajuan tanpa berpijak pada paksi yang nyata. Humanism yang telah di penuhi oleh pengaruh golongan illuminati telah membawa masyarakat kepada pemikiran yang baharu dan sedikit demi sedikit menolak ajaran agama yang sebenarnya.

::::SAINS PEMIKIRAN DAN ETIKA (GROUP D)::::              
DISEDIAKAN OLEH:-
SITI NAQIYYATUSSYAHIRAH BT YAAKUB (205172)
DISEDIAKAN UNTUK:-
DR AHMAD SAHIDAH


 ::::RINGKASAN DARI BUKU INI:::