sempena hari guru tahun 2009......
cikgu masira merupakan seorg guru asramaku...5 tahun di asrama...dia yg ak sayang kerana dia telah beri ak semangat untuk terus berjaya dan teruskan hidupku setelah kematian MAK...
DIARI SEORANG GURU
Jalan kujejaki
Penuh rintangan tanpa penghujung
Hari demi hari
Tetap kugagahi
Walau dugaan bersilih ganti
Tiada siapa yang mengerti
Naluri aku masih menyanyi
Lirikan ilmu tidak berbelah bagi
Kulontarkan kasih jiwaku kepada insan yang begelar murid
Ada yang mendakapnya
dan ada juga yang masih melepaskannya
tapi aku tahu itu ikrarku
sanggup aku
pikul demi anak bangsa
ada yang tersungkur aku bangunkan
ada yang terlena aku kejutkan
ada yang muram aku senyumkan
ada yang bertatih aku pimpinkan
ya!..itulah tiang semangat aku
“cikgu” itu gelaran aku
Gelaran yang aku ingin bawakan hingga penghujung nyawaku
Wahai anak bangsa dakapkanlah semangat gurumu
Bukan kupinta harta dan pangkat
Tapi izinkanlah ku melihat kejayaanmu sebelum
kumenutup mata...
“SELAMAT HARI GURU”
To: mama MASIRA
From: -syasya90-
....sayang mama masira...
No comments:
Post a Comment