:::FAHAMAN PEMIKIRAN DAN ETIKA:::
BAB 3
SEKULARISME
::Definisi::
- Menerangkan kaitan dengan urusan keduniaan yang
dipisahkan dari sudut agama. Cth: politik,ekonomi,sosial, pentadbiran dan
undang-undang.
-
Sekularisme membincangkan
perkara yang berkaitan dengan dunia sahaja.
-
Memperjuangkan hak kebebasan mutlak setiap
individu dari peraturan dan ajaran agama yang perlu dilaksanakan oleh
pentadbiran atau pemerintah.
-
Berasal dari perkataan Latin iaitu ‘saeculum’ (masa dan
tempat)
-
‘masa’ berfokuskan pada perjalanan kehidupan
seseorang manakala ‘tempat’ bermaksud kehidupan di dunia.(J.A.Amurray &
H.Bradley 1994)
-
Turut membawa maksud sebagai pemisah antara zahir dan batin, fizikal dan sritual,
rohani dan jasmani. Hal ini kerana, ‘pemisahan’
itu menunjukkan istilah negatif jika kehidupan berlandaskan agama.
-
Aspek falsafah:- sebuah
fahaman yang menggesa agar agama dan nilai-nilainya mesti diasingkan daripada
kehidupan manusia.
-
sebuah doktrin yang tidak mempercayai
kewujudan tuhan seperti doktrin atheism.
-
Turut dikenali sebagai ‘ humanisme’
-
Satu sistem tatasusila yang
berlandaskan kepada prinsip-prinsip moral sejagat dan jauh dari aspek agama
atau alam ghaib.
-
Turut didefinisikan sebagai pemisah antara urusan politik daripada ajaran agama
seperti yang dibawa oleh Nicollo Machiavelli (menghapuskan ideologi, dan
utamakan kuasa politik)
-
Aspek Politik: satu
gerakan ke arah pemisahan antara agama dan kerajaan.
-
Satu pandangan tentang usaha pemisah antara
falsafah dan agama.
-
Berusaha menjauhkan diri dan tidak bergantung
kepada agama tersebut.
-
Berkeyakinan pandangan sekular dapat membawa kea
rah modenisasi.
::Ciri-ciri
Sekularisme::
i. Penafian hal-hal kerohanian.
ii.
Penafian terhadap kewibawaan orang-orang yang
mempunyai kedudukan yang tinggi dalam bidang agama.
iii.
Menafikan adanya nilai hidup yang tetap.
iv.
Menolak keimanan kepada ALLAH dan konsep ibadah.
v.
Menjauhkan agama daripada landasan penting sebagai
panduan dan hala tuju hidup manusia dalam pelbagai bidang seperti kesenian,
pendidikan dan moral.
vi.
Pengasingan kuasa negara daripada peraturan agama.
Corak pemerintahan negara perlu berbeza agar tidak sepadu antara politik dan
agama.
vii.
Meyakini bahawa nilai-nilai islam perlu dibezakan
daripada nilai-nilai kehidupan dunia dalam setiap aspek.
viii.
Beranggapan bahawa institusi politik dalam
peradaban kaum muslimin masa lampau adalah cerminan dan warisan tradisi yang
tidak ada hubungan dengan hukum syariat yang suci.
ix.
Penerapan syariat islam atau nilai-nilai islam
akan merugikan penganut agama bukan islam yang boleh menjadi ancaman besar
kepada sesebuah persatuan.
x.
Menganggap bahawa syariat islam sangat
terbelakang, primatif dan ketinggalan zaman. Oleh itu, ajaran islam perlu
diambil melalui prinsip pragmatism dan utilitarianisme.
xi.
Menyebarkan fahaman-fahaman yang boleh menimbulkan
keraguan terhadap islam untuk kepentingan politik sendiri.
::Prinsip Sekularisme::
-
Menegakkan kepercayaan bagi setiap keputusan yang
diambil mesti bersumberkan daripada pemikiran akal manusia yang terdahulu
berdasarkan kajian yang telah dilakukan dan bukan berdasarkan pandangan agama
semata-mata.
-
Prinsip penting yang perlu diaplikasikan dalam
kehidupan masyarakat sekular adalah:-
1.
Memperbaiki kehidupan dengan cara
kebendaan
2.
Bahawa sains itu adalah panduan
hidup bagi manusia
3.
Apa sahaja yang baik itu adalah baik
untuk dilakukan sama ada wujud kebaikan atau tidak. Kebaikan yang wujud dalam
kehidupan adalah baik dan menjadi baik pula untuk mencari kebaikan tersebut.
4.
Menggantikan hukum-hukum agama
dengan idea-idea sekular sebagai panduan.
::Negara Sekular::
-
Kepercayaan yang mendalam terhadap
pengasingan antara gereja dan negara. Selain itu, menghalang pendidikan agama
diajar di peringkat sekolah.
- negara sekular merupakan sebuah negara yang menerima pandangan sekularisme. Ciri-ciri negara tersebut dapat dilihat dari perubahan sikap dan kepercayaan masyarakatnya iaitu mempunyai ciri-ciri sekular.
- negara sekular merupakan sebuah negara yang menerima pandangan sekularisme. Ciri-ciri negara tersebut dapat dilihat dari perubahan sikap dan kepercayaan masyarakatnya iaitu mempunyai ciri-ciri sekular.
-
Tokoh-tokoh secularism akan berusaha untuk
mewujudkan sebuah negara sekular.
-
Cth: negara kapitalis dan
negara komunisme
-
‘Worldly or material’ ( The
Advanced Learners Dictionary of Current English)
-
Sekular merupakan dunia kebendaan bukan agama atau
kerohanian.
-
Golongan sekilar lebih terpengaruh dengan ahli
politik dalam membuat keputusan bagi setiap urusan kehidupan termasuklah
hal-hal yang berkaitan dengan hukum agama. Cth: kes
pengguguran, kajian sel stem embrio, perkahwinan sejenis dan pendidikan seks.
-
Golongan politik hanya melakukan keputusan
berdasarkan pertimbangan rasional moral yang berdasarkan loogik akal pemikiran
sahaja.
:: Kaedah Penyebaran Fahaman Sekularisme::
-
Teknologi moden
-
Pendidikan
-
Media massa
*cth: penyebaran bahan-bahan hiburan seperti
filem percintaan, fantasi, hiburan dan gambar porno.
-
Undang-undang
*cth: jatuhkan hukuman mengikut logikal dan
tidak berdasarkan undang-undang agama.
:: Penyebaran Sekularisme Melalui
Pendidikan::
-
Menghantar pelajar ke negara luar untuk
melanjutkan pengajian
-
Menghapuskan pelajaran agama atas nama pendidikan
-
Memperkenalkan institusi pendidikan asing di
negara-negara islam.
-
Pergaulan bebas
KEKUASAAN
MANUSIA (MANPOWER)
-
Kekuasaan manusia atau Manpower ini
merupakan satu pemikiran yang memfokuskan kepada manusia yang menggunakan
proses-proses pembangunan untuk kepentingan mereka sendiri.
-
Manpower ini wujud serentak dengan kesedaran tentang
pentingnya memenuhi keperluan-keperluan manusia di dalam usaha pembangunan
sosial manusia.
-
Walau bagaimanapun, ekonomi
merupakan aspek utama yang menjadi penentu ulung kepada corak kehidupan
manusia.
-
Pengiktirafan ahli-ahli pembangunan terhadap
manusia telah dimanifestasikan dalam berbagai model dan strategi pembangunan,
walaupun dengan menggunakan konsep-konsep yang agak berbeza,
umpamanyapendekatan ‘pembangunan sepadu’ Bank Dunia, pendekatan ‘Terriorial’
Friedmann dan Weaver, pendekatan ‘Comprehensiveness’ Livingstone, pendekatan
sistem Belshaw, dan pendekatan area India (Sharma).
-
Secara keseluruhannya manusia perlu meningkatkan
daya usahanya untuk meningkatkan daya pengeluaran semaksimum mungkin untuk
meningkatkan pendapatan bagi menampung keperluan hidupnya.
-
Konsep ini mendorong kepada memfokuskan kepada
material atau kebendaan atau barangan yang melengkapi keperluan dan kemahuan
kehidupan.
-
Kefahaman Manpower ini boleh diterima oleh setiap
masyarakat, malah dipersetujui dan terdapat di dalam setiap masyarakat supaya
setiap golongan masyarakat berlaku adil dan saksama dalam apa jua urusan.
LIBERALISME
Pengenalan:
-
Merupakan satu falsafah yang meletakkan kebebasan
individu sebagai nilai politik tertinggi liberalism menekankan hak peribadi dan
keselamatan peluang.
-
‘Liberd’ mungkin mempunyai dasar dan perlindungan yang
berlainan
-
Liberalisme menyokong prinsip-prinsip seperti kebebasan berfikir
dan kebebasan bersuara, batasan kepada suara kerajaan, kedaulatan
undang-undang, hak individu ke atas harta persendirian, pasaran bebas dan
ketelusan sistem pemerintahan.
-
Bertindak menyokong kerajaan demokrasi liberal
dengan pengundian yang adil dan terbuka, yang mana semua rakyat mempunyai hak
yang sama rata.
-
Liberalisme ini merupakan lanjutan daripada zaman
Renaissance di Itali iaitu pada zaman kebangkitan yang berlaku di Eropah.
-
Pengaruh Barat sangat kuat dalam mengukuhkan lagi
fahaman Liberalisme
ini. Tambahan pula, barat membawa kefahaman Liberalisme ini selari dengan pemikiran politik
yang luas dan kaya dari segi sumber.
-
Kefahaman Liberalisme ini menolak kefahaman lain seperti
hak-hak raja yang diperolehi dari tuhan, status berasaskan keturunan dan
institusi-institusi agama.
-
Sifat kefahaman Liberalisme ini adalah mempunyai
kebebasan tanpa sekatan walaupun terdapat halangan dari ekonomi, politik dan
sosial atau kebebasan moral.
-
Selain itu, liberalism mempunyai gagasan
pemikiran, iaitu individu lebih penting daripada masyarakat, masyarakat hidup
demi individu, individu bebas daripada nilai-nilai agama.
-
Moral agama itu digantikan dengan etika.
::Liberalisme dari
sudut agama::
-
Bermula dengan gerakan seorang tokoh iaitu Martin
Luther (1483-1546)
-
Beliau seorang tokoh protesan yang menentang
penindasan dan keganasan gereja Katolik sebelum zaman Renaissance.
-
Gerakan ini membebaskan kuasa gereja daripada segi
rohani ke atas individu dan membentuk mazhab baru bernama protestan pada abad
ke-16 masihi.
-
Prinsip
protestan:- * individu kristian mempunyai
mempunyai hak untuk membaca kitab suci dan mentafsirkan sendiri, gereja tidak
mempunyai hak mengampunkan dosa-dosa individu.
· Protestan: tidak
mengakui kezaliman, kependetaan, kepaderian, dan pembesar-pembesar agama
dibolehkan berkahwin.
· Tidak mengakui patung-patung dan gambar gereja dan benda-benda
itu tidak disembah kerana dianggap penyembahan berhala.
::Liberalisme
dari sudut politik::
-
Pergantungan asas pada undang-undang.
Masyarakat yang berpegang pada politik yang mempengaruhi kehidupan.
Institusi-institusi kerajaan memperjuangkan hak-hak peribadi tanpa memilih
kasih. Contoh: kuasa politik lebih tinggi dari
kuasa raja.
-
Menekankan perjanjian sosial di mana rakyat
merangka undang-undang dan bersetuju untuk mematuhi undang-undang tersebut.
-
Mengandungi semua lapisan masyarakat tidak mengira
jantina kaum atau taraf ekonomi.
-
Menekankan kedaulatan undang-undang
demokrasi liberal.
-
Di dalam pemerintahan, sistem demokrasi dipilih
oleh Eropah sebagai untuk tidak bergantung dengan kuasa gereja dan juga
menghapuskan hak-hak Tuhan gereja ke atas diri mereka.
-
Liberalisme mempunyai hubungan yang
dengan kelahiran negara demokrasi Eropah.
-
Kebebasan berfikir diberi kepada rakyat untuk
memilih wakil-wakil dalam pemerintahan negara.
::Liberalisme
dari sudut ekonomi::
-
Memperjuangkan kapitalisme
Laissez-faire yang mahu membuang semua halangan terhadap perdagangan dan
memberhentikan semua kemudahan yang diberi oleh kerajaan seperti subsidi dan monopoli.
-
Ahli-ahli liberal tidak mahu kepada
peraturan-peraturan kerjaan di pasaran.
-
Turut menyatakan bahawa harga barangan dan
perkhidmatan harus ditentukan oleh pasaran yang sebenarnya ditentukan oleh
tindakan-tindakan pengguna.
-
Setiap individu diberi kebebasan memiliki harta
dan berniaga.
-
Nilai moral seseorang sentiasa
berubah dari semasa ke semasa nilai akhlak yang diamalkan tidak sama dengan
agama tetapkan.
-
Di dalam agama islam, nilai-nilai
itu ditetapkan oleh ALLAH.
-
Golongan liberal juga menyatakan bahawa manusia
sendiri masih dalam proses perubahan daripada haiwan rendah kepada haiwan yang
lebih tinggi.
MODENISME
Pengenalan:-
-
Merupakan proses transformasi atau perubahan dalam
segala aspek kehidupan masyarakat.
-
Satu aliran yang terhasil daripada gerakan-gerakan
di Amerika Latin yang memperjuangkan pembebasan dan autonomi budaya baru supaya
dapat membebaskan diri daripada cengkaman hagemoni kebudayaan Sepanyol.
-
Menekankan kuasa manusia mencipta, membaiki dan
membentuk semula persekitaran mereka dengan bantuan sains, teknologi dan uji
kaji praktikal.
-
Modenisme ini bermula di era Renaissance abad ke-16 masihi dan
pencerahan pada abad ke-18 masihi. Manusia mula menguasai alam dan mula
memasuki era baru, era pasca Abad pertengahan, iaitu era moden.
-
Terdapat tiga tahap dalam pengembangan
modenisme:-
1)
Tahap pertama : manusia
yakin dengan akal yang rasional dan berani menghadapi kehidupan yang nyata
sehingga berlaku pemberontakan kreatif dalam dunia seni.
2)
Tahap kedua : bermula
dengan revolusi Perancis dan kekacauan sehingga berlaku kelenturan ikatan
sosial, keruntuhan pada keyakinan tradisional dan agama.
3)
Tahap ketiga :
bermula selepas berlaku proses modenisasi global dan kebudayaan dunia moden
secara universal sehingga berlaku masalah pada keamanan dunia sejagat.
HUMANISME
Pengenalan:-
-
Manusia adalah pusat segala-galanya dan manusia
itulah tuhan Yang Maha Agong (menentukan hukum-hakam).
-
Tuhan tidak berpadanan di muka bumi ini.
-
Dikaitkan dengan golongan ‘illuminati’.
Sifat
Fahaman Humanisme
1)
Percampuran bebas
2)
Penggunaan istilah-istilah yang mengelirukan
3)
Penukaran peranan antara lelaki dan perempuan
4)
Gerakan pembebasan wanita
5)
Kaunseling berkelompok
6)
Pendidikan seks
A)
Pencampuran bebas
-
Pencampuran bebas antara lelaki dan perempuan
tanpa sekatan
-
Lelaki dan perempuan memerlukan antara satu sama
lain bukannya menjadi persaingan dalam bidang tugas.
-
Berusaha menghapuskan halangan tabii antara lelaki
dan perempuan seperti merasa malu (haya’) kerana pemikiran ini percaya bahawa
sifat malu itu adalah sifat yang negatif.
-
Hal ini kerana, memusnahkan sifat malu secara
total supaya manusia melanggar syariat ALLAH.
B)
Penggunaan istilah-istilah yang
mengelirukan
-
Contohnya:- penggunaan perkataan ‘UNISEK’.
Perkataan unisek ini contohnya digunakan di saloon ‘unisek saloon’, ini
bermakna saloon itu boleh menerima pelanggan dari kalangan lelaki dan
perempuan. Selain itu, fesyen rambut yang semakin mengelirukan antara lelaki dan
perempuan, iaitu lelaki boleh berambut panjang dan perempuan boleh berambut
seperti lelaki.
-
Contohnya:- penggunaan perkataan
‘BINTANG-BINTANG”. Perkataan ini sering digunakan bagi menggambarkan atau
ditujukan kepada pelakon/bintang-bintang filem. Pelakon sering dikaitkan
golongan yang tidak menutup aurat, bebas berzina dan bergaul, minum arak,
merokok dan tidak berakhlak mulia. Panggilan itu adakah sesuai dengan golongan
yang diterima atau tidak dalam islam.
-
Contoh:- penggunaan perkataan ‘GAY”. Perkataan gay
ini digunakan menunjukkan lelaki yang melakukan hubungan sejenis(homoseks) yang
dilarang oleh hukum islam. Walau bagaimanapun, gay diistilahkan sebagai
peramah,liberal, senang bergaul di dalam kamus.
-
Contoh:- istilah ‘CHAIRMAN’. Secara umumnya
digunakan sebagai menunjukkan seseorang yang mempengerusikan sesuatu majlis,
tetapi istilah ini dibantah oleh golongan wanita. Hal ini kerana dikatakan
hanya menunjukkan kepada golongan lelaki dan terdapat wanita yang
mempengerusikan sesuati majlis. Ini dikatakan telah memperkecilkan peranan
wanita. Oleh itu, digunakan ‘chairperson’
-
Contoh:- ‘HE’. Merupakan kata gantinama untuk
Tuhan. Mengapa Tuhan dikatakan lelaki?, yang sebenarnya Tuhan tidak menyerupai
manusia. Dia bukan lelaki atau perempuan. Allah takkan menyerupai makhluknya.
C) Penukaran peranan
antara lelaki dan perempuan
- Penukaran peranan (change role) antara lelaki
dan perempuan adalah untuk menggalakkan percampuran bebas. Pertubuhan
illuminati musuh ALLAH s.w.t mengutarakan idea bahawa wanita yang berharga
adalah wanita yang memberi khidmat kepada masyarakat di luar rumahnya.
- wanita
yang berkejaya, mendapat gaji atau pangkat dikatakan wanita yang berharga
bukanlah wanita yang menjadi seorang ibu kerana kerja-kerja yang dilakukan
dirumah tidak diberi gaji oleh masyarakat.
-
pandangan ini sesuai dengan teori Darwin bahawa manusia adalah hasil keturunan
haiwan.
-
hakikatnya, seorang itu telah mendidik anak-anaknya menjadi seorang yang
berjaya dan sihat.
D) Gerakan Pembebasan wanita
-
‘pembebasan’ bermaksud (pada awal sejarah)
membebaskan diri daripada kezaliman khasnya dari kongkongan peraturan-peraturan
agama Institusi Gereja Katolik Rom. Gerakan Pembebasan Wanita lahir di Amerika
dan Eropah.
-
Kebanyakannya diketuai oleh bangsa Yahudi atau
mereka berfahaman sosialisme (Marxisme) seperti Betty Freiden (1921M) dan
Germaine Greer (1971M), Gloria Steinans, dan Simone de Beavoir (1908-1985M).
-
Gerakan pembebasan wanita kebanyakan bertujuan
untuk membebaskan diri daripada peraturan nilai agama. Kini mereka gigih meperjuangkan
gerakan homoseks dan lesbian atas dasar ‘hak asasi manusia’. Mereka mengangap
perkahwinan merupakan adat resam manusia purba. Kes penceraian dan menjadi ibu
tunggal semakin meningkat, wanita dizalimi adalah kesan dari gerakan tersebut.
‘Gerakan Perkahwinan Poligami’- seorang ibu
tunggal bangkit mengatakan:-
‘ Saya rela menjadi isteri yang ke-11 kerana
sekurang-kurangnya saya ada seorang lelaki yang bertanggungjawab untuk
keselamatan saya. Pada hari, malam dan siang’.
E)
Kaunseling Berkelompok
-
Bagi menghapuskan perasaan malu, salah satunya
cara yang diperkenalkan adalah dengan menggunakan ‘kaunseling berkelompok’.
Kaunseling berkelompok ini melibatkan perserta seramai 7 atau 8 orang untuk
dijadikan satu kumpulan. Satu kumpulan itu terdapat peserta lelaki dan
perempuan. Cara ini dianggap tidak sesuai kerana melanggar hukum hakam islam
kerana terdapat pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan contohnya:-
peserta akan diikat dan ditutup matanya dan diarahkan merasa orang terdekat
dengan yang dapat dipegang. Ini menunjukkan pergaulan bebas antara lelaki dan
perempuan.
F)
Pendidikan Seks
-
Bermula di Sweden (1940) iaitu dikenali sebagai
‘panduan-panduan bagi pendidikan moral’. Tetapi pada 1956 terdapat
penyalahgunaan panduan tersebut.
-
Nilai ‘pliralistik’ dipercayai iaitu seks luar
nikah adalah tidak salah kerana perlu menghormati pendapat semua pihak.
-
Kesan dari program ini telah menyebabkan
peningkatan kes penyakit kelamin. Pada tahun 1964 sebanyak 24,000 kes bagi
wanita berumur 15-19tahun.
-
Tenaga pengajar program ini perlu pakar dan lebih
memikirkan tentang tahap pemikiran remaja masa kini dan tidak mengikut
pandangan sekular semata-mata.
-
Di dalam pengajian perundangan islam-dalam kitab
Fiqah di bab pertama membahaskan tajuk Taharah berkaitan kesucian air dan
perkahwinan. Ia merangkumi pendidikan seks yang berpaksikan Tauhid.
-
Di dalam bab perkahwinan ini membahaskan tentang
batas –batas percampuran antara lelaki dan perempuan, ini menunjukkan
pendidikan seks yang terbaik kerana menunjukkan agar remaja islam tidak bebas
dalam pergaulan untuk mengelak dari sebarang perkara yang tidak baik berlaku.
-
Masalah utama adalah,remaja islam masa kini tidak
didedahkan dalam acuan yang betul.
Kesimpulan:-
Bab ini membincangkan perkaitan antara
pemikiran-pemikiran dari kewujudan tamadun manusia sehingga manusia menemui
tamadun yang moden. Pemikiran-pemikiran ini akan menguasai minda masyarakat
jika tidak dikawal dari awal. Bermula dari pemikiran sekular yang jelas menolak
pemikiran agama seterusnya manpower yang menunjukkan kekuasaan segalanya oleh
manusia yang mentadbir dan telah mengenepikan tuhan. Kemudian, liberal dan
seterusnya modenisme yang menunjukkan manusia lebih mengutamakan kebendaan dan
kemajuan tanpa berpijak pada paksi yang nyata. Humanism yang telah di penuhi
oleh pengaruh golongan illuminati telah membawa masyarakat kepada pemikiran
yang baharu dan sedikit demi sedikit menolak ajaran agama yang sebenarnya.
::::SAINS
PEMIKIRAN DAN ETIKA (GROUP D)::::
DISEDIAKAN OLEH:-
SITI NAQIYYATUSSYAHIRAH BT
YAAKUB (205172)
DISEDIAKAN UNTUK:-
DR AHMAD SAHIDAH
|
::::RINGKASAN DARI BUKU INI:::